Saturday, December 12, 2009





Buat Mahasiswa,

Salam memacu idealisme buat seluruh mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Dalam kesibukan kita merencana haluan akademik mahupun siasah kampus, jangan kita pinggirkan lipatan sejarah PRK yang mula bertapak di bumi KUIS sejak tahun 1995 lagi. Bagi golongan mahasiswa yang agak cakna terhadap liku-liku siasah kampus KUIS, tentu sekali PRK pada tahun lepas tidak dapat dilupakan daripada peti minda kita walaupun sudah setahun ia berlalu dan kita akan menempuh satu lagi PRK yang akan memasakkan tirainya tidak lama lagi.

Buat Mahasiswa,

Buat pertama kalinya dalam PRK KUIS, pilihanraya pada tahun lepas hanya mempertandingkan kerusi umum dan hanya calon kerusi itulah yang telah dipangkah oleh mahasiswa yang turun mengundi pada hari tersebut (tidak sampai 50% mahasiswa yang turun mengundi). Sejarah PRK ini juga mencatatkan bahawa inilah PRK yang terlalu 'simple' dalam sejarah PRK sejak KUIS ditubuhkan.


Inilah dia jumlah undian pimpinan MPM kini ketika pilihanraya kampus yang lalu :-


Akram Ikrami Taib Azamudden 1733 Undi

Nasrul Izad Md Isa 1669 Undi

Toyyibah Az-Zahra 1458 Undi

Dalilah Hadifah 1359 Undi

Hafiz Mokhsin(meletakkan jawatan) 1249 Undi

Helmi 1087 Undi


Buat Mahasiswa,

Cuba kita bayangkan sekiranya tampuk pimpinan tertinggi mahasiswa itu tiada calon lansung yang ingin memasukinya pada masa akan datang. Tidakkah ia memberikan gambaran bahawa sama ada MPM itu sendiri yang ber'masalah', menyebabkan mahasiswa tidak ingin mencuba nasib ataupun ada 'faktor' lain yang menyebabkan MPM itu ber'masalah' dan mahasiswa tidak berani menanggung risikonya.

Namun, sejak kebelakangan ini landskap siasah kampus KUIS sudah mula berkocak ibarat satu tsunami siasah kampus akan berlaku dan akan terus diterjemahkan pada pilihanraya kampus yang akan datang. Bermula dengan dengan kehadirin kelompok mahasiswa yang memperjuangkan penurunan harga yuran KUIS dengan menggelarkan diri mereka sebagai 'Gerakan Mahasiswa sedar (GMS)' pada awal semester yang lalu, kemudian disusuli pula dengan 'Gerakan Turunkan Yuran (GTY)' yang kehadirannya ibarat 'stereotaip' kepada GMS, dan seterusnya menjelma pula 'Gagasan Keadilan Mahasiswa (GKM)' yang pada hemat penulis gerakan tersebut merupakan 'tunas' kepada MPM berdasarkan kepada beberapa fakta berikut iaitu memo yang telah mereka edar dan tampal serentak dengan keluaran dan edaran memo daripada MPM dan petugas-petugas yang telah ditugaskan untuk mengedar serta menampalkan memo GKM adalah petugas yang sama ditugaskan untuk mengedarkan memo MPM.

Buat Mahasiswa,

Kehadiran gerakan-gerakan tersebut telah mewarnai landskap siasah kampus KUIS dengan penuh harmoni dan dilihat ia merupakan suatu perkembangan yang sihat jika dilihat daripada sudut siasahnya jika hendak dibandingkan dengan landskap siasah KUIS pada tahun-tahun terdahulu yang begitu kusam dan hambar.

Pada pandangan peribadi penulis, amatlah molek sekiranya pada pilihanraya kampus pada tahun ini pihak pentadbiran KUIS (JPM) membenarkan wujudnya pertandingan antara kelompok-kelompok mahupun gerakan-gerakan mahasiswa yang telah wujud di bumi KUIS kini. Lihat sahaja di dunia realiti di luar sana, ketika Barisan dan Pakatan sering bertungkus lumus bagi menyakinkan rakyat bahawa merekalah yang terbaik, maka secara lansung ataupun tidak, ia sedang menyuburkan demokrasi agar rakyat benar-benar dapat memilih calon yang sesuai buat mereka.

Dalam dunia politik mahasiswa pula, kita dapat melihat betapa 'terbuka'nya pemikiran pentadbiran (HEP) di UM mahupun di UIA dengan membenarkan mahasiswa mewujudkan 'parti-parti' tertentu untuk bertanding dalam pilihanraya kampus seperti pertembungan antara Pro-Mahasiswa dengan Aspirasi di Universiti Malaya dan pertembungan antara 'We Unite For Islam (WUFI)' dengan Aspirasi juga di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Pertembungan antara 'parti-parti' mahasiswa ini bukan sahaja tidak disekat oleh pihak pentadbiran universiti mereka malah pihak pentadbiran melihat pertembungan ini sebagai sebuah pertembungan yang sihat untuk menjamin kesegaran idealisme serta pemikiran mahasiswa mereka.

Bagi kita sebagai mahasiswa di KUIS, andai cara lama tetap kita teruskan dengan hanya calon bertanding itu atas tiket persendirian semata-mata, penulis yakin apa yang kita takutkan dengan ketiadaan calon yang benar-benar layak untuk menerajui kepimpinan MPM akan datang benar akan terjadi. Walaupun penulis tidak nafikan bahawa tetap ada calon persendirian yang layak dan sangat layak pun untuk menerajui MPM, tapi hakikatnya keberadaan mereka yang hanya 'sekerat dua' itu seperti 'cukup cukup tidak cukup' sahaja.

Ayuh gerakan-gerakan mahasiswa di bumi KUIS! Harmoni dan gegarkan landskap siasah kampus KUIS pada pilihanraya kampus yang akan datang ini dengan menampilkan calon-calon 'parti' kalian untuk bertanding dan seterusnya menerajui tampuk pimpinan tertinggi kampus!
Jangan kita biarkan bumi KUIS ini 'kering-kontang' akibat daripada ketandusan idelisme dan kredibiliti pimpinan kampus pada pilihanraya kampus nanti.

Ayuh GKM, GMS, GTY, KMN, Pro-MPM, Pro-JPM mahupun gerakan-gerakan mahasiswa yang sudah wujud di bumi KUIS ini, kita 'serang' pilihanraya kampus yang akan menjelma tidak lama lagi dengan 'pencak' idealisme dan matlamat perjuangan kalian!


Friday, December 11, 2009



PENDAHULUAN

Pilihan Raya Kampus (PRK) pada sesi kali ini menyaksikan penggunaan sistem E-Undidalam pemilihan kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa. Kementerian PengajianTinggi (KPT) yang diketuai oleh Dato Seri Khaled bin Nordin, memutuskan bahawasistem ini akan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh kampus. Dan ia turut berlakukepada kampus Universiti Malaya selain kampus-kampus lain. Secara umumnya,sistem ini dilihat sangat tersusun dan moden dalam situasi penggunaan teknologimaklumat kini, namun disebalik itu, terdapat satu usaha untuk mencabul kesuciansistem demokrasi kampus yang selama ini dipertahankan oleh mahasiswa.

KRONOLOGI PERLAKSANAAN SISTEME-UNDI DI UNIVERSITI MALAYA

Tahun 2007:

- Satumesyuarat Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor –Timbalan Naib CanselorUniversiti telah diadakan bagi membincangkan berkenaan Pilihan Raya Kampus(PRK) dan penggunaan sistem E-Undi dalam pemilihan akan datang.

- Dato’Mustapha Muhammad yang merupakan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi ketikaitu memutuskan semua IPTA untukmengadakan pemilihan MPP secara elektronik

Tahun 2008

- 5 Mac 2008 : Puan Thanavathi ( Penasihat Undang-Undang Bahagian HalEhwal pelajar) telah memohon laporan lawatan e-undi di UPM daripada YDP MPMUMsaudara Afandy Sutrisno Tanjung yangdiadakan pada13 Februari 2008 diiringi oleh Ketua Penolong pendaftar danpenasihat MPMUM ketika itu iaitu Encik Apandi Khalib.

- 13 Jun 2008 : lawatan pihak MPMUM untuk melihat pelaksanaan sisteme-undi di UIA. Juga melibatkan pemimpin pelajar yang lain termasuk PMIUM.

- 14 Ogos 2008 : lawatan ke UPSI untuk pelaksaan sistem e-undi.

- Pihak MPMUMpada sesi 2007/2008 sebulat suara tidak bersetuju dengan pelaksanaan sisteme-undi. Namun pihak HEP mengganggap pihak MPMUM gagal mengemukakan hujah yangkukuh kerana tidak mengemukakan sebarang bentuk penolakan daripada pelajarkampus.

Tahun 2009

- Sistem E-pendaftaranmula diperkenalkan dan dilaksanakan di UM semasa sesi pemilihan MPMUM 2008/2009

- Pihak HEPmerasakan UM perlu melaksanakan sistem e-undi bagi pemilihan MPMUM sesi2009/2010 kerana hampir semua kampus telah pun melaksanakan e-undi.

- MPMUM sesi2008/2009 tidak pernah dipanggil menghadiri sebarang perbincangan berkaitane-undi sehingga fasa akhir. Pada 4 Ogos 2009 baru-baru ini pihak MPMUMdipanggil untuk mesyuarat pelaksanaan e-undi dan memaklumkan institusi MPPperlu perakui apa-apa persetujuan yang telah dilakukan sebelum ini.

- Pada 14 September 2009, pihak pemimpin mahasiswa dan beberapa pimpinan MPMUMmenghantar surat minta penjelasan ke pejabat TNC HEP dan hanyadiserahkan kepada Ketua Penolong PendaftarBahagian HEP Encik K.Purniamurthy dengan makluman TNC HEP tiada di pejabat.Beliau bersetuju untuk mengadakan sesi penjelasan dengan pimpinan mahasiswakeesokan harinya.

- 15 September 2009, jam 2.30 petang, di dewan Kompleks Perdana Siswa, satusesi penjelasan diadakan oleh pihak TNC HEP kepada pimpinan pelajar yangmembantah sistem ini. Berikut merupakan antara isi perbincangan bersama pihakpentadbiran HEP.

· Pihak MPMUMsesi 2008/2009 menegaskan tiada sebarang persetujuan dan perjanjian yangberlaku untuk pelaksanaan e-undi bagi kempimpinan sesi 2007/2008 ( saudaraAfandy sebagai YDP) mahupun sesi ini.

· Peruntukankewangan untuk tujuan operasi adalah RM 40,000.00, namun pihak HEP menafikanwang tersebut diambil daripada wang pelajar.

· Pihak TNCHEP menegaskan bahawa pihak beliau hanya melaksanakan arahan daripada Menterisebagai pegawai kerajaan.

· Sistemdibina dan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak PTM. Penjelasan berkenaanaplikasi e-undi bagi mahasiswa OKU dan mahasiswa perubatan di Klang gagaldiberikan.

- 16 september 2009 : street test E-undi di KPS diadakan.

- 6 Oktober 2009 : Bermula roadshow ke Kolej-kolej kediamanbentang sistem e-undi.

- PilihanrayaKampus yang di jangkakan sama ada bulan Oktober 2009 Atau Januari 2010 masihmenjadi tanda tanya.

Pendirian BANTAH Terhadap Perlaksanaan E-Undi diUniversiti Malaya

Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) bersama-sama dengan frontyang menyokong sebulat suaramembantah perlaksanaan sistem E-Undi di dalam Pilihan Raya Kampus (PRK). BANTAHberpendirian:

1. Ketelusan dan kerahsiaan undi mahasiswa dicabuli.

Denganmenggunakan nombor PIN yang disediakan oleh pengawal sistem, kerahsiaanidentiti mahasiswa yang mengundi sudah terdedah. Ini kerana pengawal sistemdapat mengesan calon manakah yang diundi.

2. Integriti pengawal sistem diragui ketelusannya.

BANTAH tidak pesimis terhadappengendali sistem ini. Namun, dengan sejarah pengendalian Pilihan Raya Kampus(PRK) yang lepas menjadi titik tolak kepada BANTAH meragui akan ketelusannya. Sebagai buktinya, berlaku penipuan dalam pengundian apabila terdapat pengundihantu di kolej kediaman Raja Dr Nazrin Shah.

3. Risiko terdedah kepada sabotaj (hack)dan masalah teknikal.

BANTAH bimbang terdapatnyaunsur sabotaj dari pihak-pihak tertentu lantaran penggunaan teknologi maklumatyang semakin canggih kini. Di samping itu, kerosakan teknikal sepertitergendala, terputus bekalan elektrik dan internet akan menggagalkan sistempengundian nanti.

4. Masih banyak tidak tahu gambaran sistem.

Hasil daripada beberapa kajian survey yang dilaksanakan, kebanyakanmahasiswa masih lagi belum memahami akan gambaran sistem pengundian yangsebenar. Ini membimbangkan BANTAH akan risiko kekurangan peratus yang akanturun mengundi kerana masalah ini.

5. Kos yang tinggi untuk melaksanakan sistem

BANTAH tidak bersetuju apabila sistem ini dibangunkandengan kos yang sangat tinggi. Lebih-lebih lagi sumber kos melaksanakan sistemini dibimbangi menggunakan wang pelajar.

TUNTUTAN BANTAH TERHADAP PERLAKSANAAN SISTEM E-UNDI

Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) berpendirian dan menuntut kepadapihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Bahagian Hal Ehwal Pelajar danAlumni (HEPA) agar:

1. Segera menangguhkan perlaksanaan E-Undi dan mengembalikan pengundian kepadasistem manual.

2. Memindahkan lokasi pembuangan undi daripada kolej kediaman kepada fakultimasing- masing bagi menjamin ketelusan dan kebebasan.

3. Melibatkan badan-badan bebas dan berautoriti seperti SPR dan MAFREL, bagimemantau perjalanan Pilihan Raya Kampus (PRK).

BANTAH berpendirian, sistem ini harusditangguhkan dengan kadar segera bagi menjamin ketelusan Pilihan Raya Kampus(PRK) akan datang. BANTAH sesekali tidak menolak kecanggihan dan pembaharuanyang ingin dibangunkan, namun apalah ertinya seandainya ia dilaksanakan tetapimencabuli prinsip demokrasi dan keadilan serta membelakangkan hak bersuaramahasiswa.

BANTAH tidak mahu pemimpin mahasiswayang dipilih, lahir daripada sistem yang bobrok atau lebih mudahnya `pemimpinsistem’ , tetapi mestilah pemimpin mahasiswa yang lahir adalah hasil daripadaproses demokrasi yang adil dan telus.

“Mahasiswa Tuntut Demokrasi Kampus Telus dan Adil”

Disediakan oleh,

Gabungan Mahasiswa BantahE-Undi (BANTAH)

——

* Aizat Salleh ialah exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) dan suka mengajak rakan aktivis kepada revolusi pemikiran vis-à-vis ‘Liberal Syariatik’. Malah dengan secawan kopi, beliau mudah berkongsi idea dan pandangan. Kini beliau menerajui Gabungan Mahasiswa Bantah E-undi (BANTAH).






Thursday, December 10, 2009


Rencana Sekumpulan pemikir, kononnya, Universiti Kebangsaan Malaysia mendesak kerajaan menghapuskan pilihan raya kampus di semua institusi pengajian tinggi (IPT) awam. Kononnya lagi, langkah itu bertujuan mengurangkan pengaruh politik kepartian khususnya di kalangan pelajar Melayu.

Menurut laporan akhbar hari ini, sekumpulan 20 pensyarah dan pemimpin pelajar itu telah menyerahkan memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri dan mencadangkan agar kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dibuat secara lantikan oleh Naib Canselor.

Walaupun laporan ‘misteri’ itu tidak menyebut sebarang nama ‘pemikir’ dalam kumpulan itu, tetapi nyata sekali langkah itu bersifat antithesis kepada kempen kerajaan untuk melemahkan pelajar ‘militan’ dan ‘gerakan bawah tanah’ - seperti didakwa - di IPT.

Bagaimanapun jika idea itu dilaksanakan oleh kerajaan, khususnya jika dimasukkan dalam pindaan terbaru Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) ketika sidang Dewan Rakyat Oktober ini, langkah itu tidak mengejutkan.

Dua hari lalu, presiden MPP Universiti Putra Malaysia telah membuat ramalan - atau lebih tepat, melahirkan kebimbangannya - kalau-kalau seksyen 48(1) akta universiti dipinda.

Ketika dihubungi malaysiakini, Mohd Nasri Muarat berkata seksyen itu yang membenarkan pemilihan wakil pelajar secara demokrasi di kampus-kampus “kemungkinan besar” diperketatkan untuk membolehkan pihak pentadbiran melantik sendiri pemimpin pelajar.

Hak pelajar terabai

“Jika perkara itu dipinda, maka hak bersuara dan (sistem) demokrasi yang ada pada pelajar akan hilang. Hak pelajar akan terabai,” tegasnya.

“Jika tidak berdasarkan pilihanraya (kampus), persatuan pelajar akan lebih terdedah kepada aspirasi pentadbir universiti dan bukannya suara mahasiswa.”

UKM sendiri telah menghapuskan pilihan raya di peringkat kolej kediaman pelajar dua tahun lalu. Langkah ini, seperti dimaklumkan oleh aktivis-aktivis pelajar kepada penulis, mungkin sebagai ‘satu ujikaji’ kerajaan ke arah menghapuskan pilihan raya kampus.

Hakikatnya di negara kita, jika kerajaan mahu, ia boleh berbuat apa sahaja khususnya untuk memanjangkan hayat pemerintahan Dr Mahathir Mohamad dan Umno, yang semakin hari semakin mudah dipertikaikan oleh rakyat Malaysia khususnya orang Melayu sendiri.

Bagaimanapun, perlu diingatkan kepada ‘kumpulan pemikir’ itu bahawa membunuh proses pemilihan secara demokrasi di peringkat kampus sama ertinya membuang pendidikan asas ke arah pilihan raya umum di negara ini.

Sebagai komuniti cerdik pandai yang bakal mencorakkan kepemimpinan negara, pelajar harus ditanam jiwa demokrasi agar daya kepimpinan mereka dapat disalurkan secara tersusun dalam kerangka sistem bernegara yang sedia ada.

Kejatuhan Soeharto

Jika generasi muda, terpelajar pula, yang bakal menduduki lapisan-lapisan utama pengurusan negara - sama ada sektor awam dan swasta - tidak dilatih menghayati demokrasi, maka sudah tentu rasa tidak berpuas hati dan daya saing sesama mereka akan terpendam.

Atau, mereka akan memilih langkah-langkah lain di luar batasan demokrasi untuk memuaskan bakat kepemimpinan dan keinginan berpolitik. Langkah ini tentunya akan menggalakkan gerakan bawah tanah dan pelajar yang lebih militan. [Nota: Trend seumpama ini pernah berlaku di beberapa negara, termasuk di kalangan mahasiswa Indonesia yang menjadi faktor penyumbang kejatuhan Soeharto].

Tetapi bukankah kerajaan sendiri sekarang sedang berusaha untuk melumpuhkan pergerakan pelajar yang tidak mengikut saluran-saluran demokrasi?

Sebab itu, penulis fikir ‘kumpulan pemikir UKM’ itu belum mengkaji semasak-masaknya semua aspek - unjuran dan implikasi - idea untuk menghapuskan pilihan raya MPP.

Barangkali juga, ‘kumpulan pemikir’ yang malu-malu itu tidak arif senario yang sedang melingkungi kampus UKM sendiri, apatah lagi jenis-jenis pergerakan pelajar yang sedang wujud di negara ini sejak beberapa dekad lampau. Mereka tidak mendalami simpang-siur arus politik semasa (yang mempengaruhi pelajar), psikologi, nilai dan pembentukan minda generasi muda masa kini.

Nampaknya mereka hanya berfikir secara selanjar - pilihan raya wujudkan sentimen kepartian, sentimen ini ‘memecah-belahkan’ kampus, maka hapuskan amalan demokrasi itu untuk menghilangkan kesan negatifnya.

Otak berkarat

‘Kumpulan pemikir’ ini perlu diingatkan agar memahami kompleksiti baru dan belajar berfikir secara sistemik dalam konteks chaos theory - khususnya tentang sistem kawalan, komunikasi dan perintah bagi menghadapi sistem alam nyata (masyarakat terbuka).

Jangan biarkan otak berkarat dan berfikir seperti pemimpin Umno.

Pemimpin parti itu sering mendendangkan lagu demokrasi di dada-dada akhbar, malah sampai ke peringkat memaksa orang ramai menghayati sistem itu. Jika dibaca kenyataan mereka seimbas lalu, pemimpin Umno seolah-olah juara demokrasi.

Tetapi lihat apakah yang terjadi sekarang? Ceramah diharamkan, proses perdebatan di Dewan Rakyat hambar dan tidak berkesan - misalnya, banyak isu berkepentingan awam (khususnya jika usul tergempar) gagal dibahaskan. Persatuan-persatuan yang ingin berdaftar tidak dibenarkan. Permit-permit penerbitan ditarik atau tidak dikeluarkan.

Tetapi mereka melarang rakyat turun di jalan-jalan raya. Mereka larang rakyat melawat laman-laman web ‘fitnah’ dan mempercayai bahan-bahan yang menghasut. Mereka kecam gerakan militan.

Tindakan-tindakan pemimpin Umno seperti ini bukannya menyuburkan demokrasi, malah perlahan-lahan membunuh demokrasi. Apa, mereka fikir rakyat boleh dikurung-kurung, diberi makan kenyang-kenyang dan berdiam diri selama-lamanya?

Cara fikir pemimpin Umno - dan ‘kumpulan pemikir UKM’ - sungguh paradoxical atau dalam ungkapan Dr Mahathir sendiri, caca marba!

Apakah anda berminat serta mengambil berat dalam pilihanraya kampus?

Jawapan rata-ratanya adalah tidak untuk kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi di IPTA. Sebabnya bukan sekadar pengaruh luar pilihanraya kampus IPTA jika berbanding dengan Pilihanraya Umum yang membolehkan keseluruhan rakyat Malaysia berpeluang untuk memilih wakil rakyat dan kerajaan untuk memimpin mereka. Malahan, pengaruh pilihanraya kampus yang ada di Malaysia telah sengaja diperlekehkan atau dijadikan sesuatu yang kurang relevan. Kebanyakan mahasiswa tidak sedar akan kepentingan pilihanraya kampus kerana mereka telah disekat secara langsung dan tidak langsung oleh pihak universiti terutamanya dari Jaabtan Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Walaupun keputusan pilihanraya kampus tidak dapat mengubah pemerintahan kerajaan pusat dan negeri, malahan pengaruh dalam mengubah struktur pentadbiran kampus juga tidak wujud sama sekali. Namun demikian, terdapat banyak masalah yang wujud dalam pilihanraya kampus.

Sekatan yang utama dalam pilihanraya kampus adalah kerana wujudnya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Dengan adanya akta yang tidak adil ini di dalam kampus, kuasa Naib Canselor yang mutlak telah
diperuntukkan dalam AUKU.

Masalah pokok adalah AUKU

Biasanya dalam satu pilihanraya kampus, Naib Canselor telah memberi kuasa kepada Timbalan Naib Canselor (TNC-HEP) untuk menjadi Pengarah Pilihanraya. Pengarah pilihanraya yang mempunyai kuasa termasuk menentukan kelayakan calon, peraturan penamaan, tempoh untuk kempen, cara pembuangan undi dan sebagainya.

Peranan TNC-HEP seperti Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Namun begitu, disebabkan perlantikan TNC adalah tertakluk kepada bidang kuasa NC dimana beliau biasanya mengikut perintah daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Lebih merisaukan apabila TNC-HEP yang tidak berpendirian neutral atau bertindak adil ke atas latar belakang politik seseorang calon. Biasanya calon-calon yang akan dibahagikan kepada dua kem iaitu kem pro-mahasiswa dan pro-kerajaan. Secara automatik, TNC-HEP akan berpihak kepada calon dalam kem pro kerajaan. Disebabkan oleh sikap TNC-HEP yang tidak adil serta bias, ramai bakal calon atau calon yang
dilabel sebagai pro-pembangkang telah menghadapi rintangan yang besar dalam kempen pilihanraya.

Antaranya contoh adalah temuduga bakal-bakal calon, keupayaan calon dalam bahasa Inggeris serta pencapaian akademik yang sekurang-kurangnya CGPA 3.0. Kesemuanya pra-syarat telah menunjukkan proses pilihanraya kampus telah bercanggah dengan prinsip demokrasi iaitu setiap calon akan diuji melalui sokongan yang diterima oleh pengundi yang layak.

Masalah AUKU adalah masalah pokok dalam pelaksanaan pilihanraya kampus yang demokrasi. Sebagai institusi pengajian tinggi yang sepatutnya mengamal prinsip demokrasi serta menyediakan gelanggang persaingan di kalangan mahasiswa, pihak universiti telah mengambil langkah yang bertentangan produktiviti (counter-productive). Sebenarnya, jika berbanding dengan Kesatuan Pelajar (Student Union) yang ada pada Universiti Malaya sebelum 1971 atau sebelum penggubalan AUKU, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) hanya mempunyai kuasa untuk menjaga kebajikan mahasiswa. Malah, kuasa untuk mengurus kewangan persatuan pelajar juga tertakluk kepada HEP.

Harimau yang tidak bertaring

Pendek kata, MPP merupakan sebuah harimau yang tidak bertaring. Biasanya dasar-dasar universiti akan ditetapkan di dalam Majlis Senat Universiti. Malangnya MPP bukan ahli dalam Majlis Senat. Oleh itu,
peranan MPP amat terhad dan hanya merupakan badan yang menyalurkan suara hati kepada pihak universiti.

Walaupun pilihanraya kampus dinampak seolah-olah tidak berpengaruh langsung, mengapakah pihak Kementerian serta HEP begitu risau dan bimbang dengan penglibatan yang aktif dalam pilihanraya kampus?

Motif Kementerian serta HEP untuk menguasai pilihanraya kampus adalah sangat jelas dimana pemimpin pelajar di IPTA dan IPTS akan mengikut perintah pihak universiti. Kewujudan pemimpin pelajar yang kritikal
akan menyusahkan proses pentadbiran universiti terutamanya dalam hal yang berkenaan dengan mahasiswa.

Selain itu, suara mahasiswa yang boleh mempengaruhi pendapat orang ramai terhadap pihak yang berkuasa. Biasanya mahasiswa dianggap sebagai pembela rakyat dan masyarakat. Sekiranya terdapat ramai
mahasiswa yang keluar dari kampus dan mengkritik dasar kerajaan, maka kredibiliti kerajaan akan merosot dan sekaligus mengugat kuasa pemerintahan.

Dengan tsunami politik 8 Mac tahun ini, pilihanraya kampus telah menjadi satu tumpuan di kalangan rakyat serta warga kampus. Berlainan dengan cara pada tahun yang lepas, tahun ini pilihanraya kampus tidak
mempunyai satu tarikh yang umum dan sama untuk semua IPTA dan IPTS.

Sampai hari ini kita belum tahu bilanya pilihanraya kampus akan diadakan di setiap universiti di Malaysia. Akan tetapi, adalah penting untuk semua warga kampus bersedia dengan pilihanraya kampus yang akan
berlangsung dalam tempoh yang tidak lama lagi.

Kesedaran warga kampus dalam pilihanraya kampus adalah mustahak. Selain daripada menjadi calon atau petugas kempen, mahasiswa sekurang-kurangnya boleh keluar mengundi. Tanggungjawab mahasiswa
bukan sekadar belajar tetapi juga mengambil bahagian dalam pilihanraya kampus.

Pengalaman berpolitik

Petugas kempen merupakan ejen yang memainkan peranan yang berpengaruh. Proses kempen memberi pengalaman yang berharga kepada warga kampus khasnya dalam proses politik kampus. Melalui penyertaan pilihanraya secara calon atau petugas kempen, warga kampus akan berpeluang untuk berpolitik dalam kampus.

Konsep-konsep demokrasi, kepimpinan serta pengurusan yang biasanya diperkenalkan daripada membaca buku, sekarang boleh difahami melalui latihan yang sebenar iaitu pilihanraya kampus. Bakat-bakat pemimpin dapat dicungkil melalui pidato serta perbahasan.

Bagi aktivis-aktivis kampus demokrasi, pilihanraya kampus merupakan peluang keemasan untuk menjalankan kempen kesedaran kampus demokrasi serta autonomi mahasiswa dalam mentadbir kampus di kalangan mahasiswa. Dengan adanya ruang berpidato atau perbahasan di kalangan calon-calon, setiap calon boleh membawa manifesto masing-masing. Setiap calon mempunyai peluang untuk menerangkan agenda yang dibawa.

Proses ini sangat berkesan dalam mempertingkatkan kesedaran mahasiswa dalam politk kampus. Yang mengecewakan cuma adalah tempoh berkempen tersebut terlalu singkat. Calon dan petugas kempen menghadapi masalah untuk memperkenalkan diri kepada semua warga kampus dalam masa yang singkat. Lebih-lebih lagi jika hendak memperkenalkan konsep demokrasi serta autonomi pelajar kepada warga kampus.

Walaubagaimanapun, pilihanraya kampus merupakan satu wacana yang penting untuk warga kampus menghayati politik yang sebenar. Pihak universiti sepatutnya menggalakkan mahasiswa-mahasiswi untuk peka serta mengambil bahagian secara aktif dalam pilihanraya kampus.

Segala amalan yang tidak adil, berat sebelah dan penyelewengan yang diamalkan oleh pihak universiti perlu dihentikan segera. Demi memperkasakan mahasiswa kita untuk menghadapi cabaran yang kian hebat,
pihak universiti perlu memberi kuasa sepenuhnya kepada MPP untuk menjalankan pilihanraya kampus sendiri. Campur tangan daripada HEP bukan sahaja tidak matang, malah menunjukkan betapa lemahnya keyakinan pihak pentadbiran universiti.

Artikel ini ditulis sempena menjelang pilihanraya kampus. Sebelum ini, gerakan mahasiswa yang progresif yang diketuai oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) - yang menggabungkan hampir kebanyakan badan mahasiswa yang berusaha untuk menegakkan kebenaran dan keadilan di kampus - telah menghantar memorandum menggesa supaya pilihanraya kampus diadakan secara adil dan bersih.

Dari awal lagi, Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMB) melihat perkembangan yang cukup menyedihkan hasil daripada memorandum yang dihantar kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Biro Pengaduan Awam dan akhir sekali kepada menteri yang mengetuai Kaukus Parlimen Bahagian Hak Asasi, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz.

Adakah kita akan melihat satu sinar kembalinya suasana pilihanraya kampus yang bersih dan adil? Jawapannya sudah tentu sinar yang cukup lemah, hanya berlegar pada masa berkempen yang dipanjangkan dan bayaran pendaftaran calon yang dikurangkan. Itupun masih ada yang meneruskan tradisi menindas mahasiswa seperti di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menaikkan bayaran pendaftaran calon kepada RM100.

Dengan itu, kita boleh membuat satu kesimpulan jelas bahawa menteri dan wakil rakyat kita yang berada di Parlimen, kebanyakannya telah gagal membela nasib masyarakat yang tertindas. Mahasiswa juga adalah anggota masyarakat yang turut mengundi mereka. Sikap lepas tangan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed jelas menonjol sikap sambil lewa beliau dalam memastikan kebajikan mahasiswanya di universiti dititikberatkan.

Kalau macam inilah sikap beliau sebagai seorang menteri, sudah terang dan nyatalah bahawa kita tidak boleh lagi memberi beliau undi dalam pilihanraya umum akan datang. Cuba kita bayangkan universiti yang tidak sebesar manapun tidak dapat dijaga, inikan pula suatu kawasan parlimen.

Mahasiswa benar benar kecewa dan hilang percaya kepada beliau. Di awal pelantikannya sebagai menteri pengajian tinggi, mahasiswa menyangka nasib mereka akan terbela. Naman lama kelamaan, sikapnya yang berat sebelah kepada kumpulan promahasiswa semakin ketara. Dasar ini turut diperturunkan kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar di semua universiti.

Justeru, kita tidak perlu hairan apabila pilihanraya kampus (PRK) bagi tahun ini, yang diharapkan bersih dan adil, telah bertukar menjadi pilihanraya yang paling kotor, berat sebelah dan paling korup. Semua Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar yang merupakan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) PRK, telah memanipulasikan kedudukan mereka untuk memenangkan kumpulan Aspirasi Umno.

Lihat sahaja apa yang berlaku di Universiti Malaya (UM). Telah termaktub dalam undang-undang pilihanraya kampus sebelum ini bahawa setiap calon perlu mempunyai baki dua semester pengajian. Namun, apabila kumpulan Aspirasi Umno di UM ketandusan calon, maka Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM telah menyatakan bahawa 16 calon Aspirasi Umno yang mempunyai baki satu semester pengajian, boleh bertanding. Ini merupakan satu pencabulan terbesar terhadap undang undang pilihanraya yang dibentuk oleh SPR UM yang diketuai oleh beliau sendiri.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM) pula tidak kurang hebatnya pencabulan terhadap sistem pilihanraya kampus. Kumpulan Aspirasi Umno telah menjalankan kempen pilihanraya secara ganas dan samseng - meniru gaya Umno dalam pilihanraya kecil di Ijok sebelum ini. Tindakan ganas dan samseng ini direstui oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar selaku ketua SPR dan juga merangkap ketua jentera Aspirasi sendiri.

Tekanan yan hebat dan berterusan dikenakan terhadap kumpulan promahasiswa, sehingga satu persatu calon promahasiswa, dibatalkan pencalonan mereka daripada bertanding dalam PRK kali ini. SPR dan pengetua kolej di UPM memainkan peranan sebagai pemberi tekanan kepada calon promahasiswa untuk menarik diri.

Sementara Di Universiti Islam Antarabangsa pula menyaksikan satu lagi pencabulan terhadap sistem pilihanraya kampus apabila penamaan calon dibuka semula. Hal ini berlaku ekoran usaha untuk mengelak kumpulan Aspirasi Umno kalah awal. Keadaan yang sama turut berlaku Universiti Kebangsaan Malaysia, di samping sekatan untuk berkempen dengan bebas, kumpulan promahasiswa diancam dengan kumpulan Pemuda Umno yang diimport oleh Aspirasi untuk menganggu kemenangan promahasiswa.

Pembongkaran ini hanya sedikit jika hendak dibandingkan dengan penyelewangan dan penindasan terhadap kumpulan promahasiswa di IPTA. Namun, pembongkaran yang sedikit ini telah memberi gambaran yang jelas terhadap matinya demokrasi kampus sebelum hari pembuangan undi. Demokrasi kampus telah dihancurkan oleh tangan tangan yang telah diberi amanah untuk membawa kecemerlangan di universiti.

Perkara yang lebih malang lagi ialah faktor utama penindasan dan penyelewangan ini berlaku kerana hanya semata mata untuk menjaga survival politik parti yang memerintah. Mahasiswa cukup sedih dan kesal dengan situasi ini, seolah olah tidak ada lagi keadilan di Malaysia dan tiada lagi harapan untuk orang yang hendak menegakkan kebenaran.

Mahasiswa mengeluh dimanakah lagi dapat dicari pertolongan ajaib untuk membersihkan kembali pilihanraya kampus yan sudah mati dan hancur. Hancur luluh hati mahasiswa mengenangkan penindasan ini. Bilakah saat sinar keadilan dan kebenaran kembali bersinar di kampus.